KEJOHANAN BOWLING PPKSU 2017
- Helmi
- Sep 11, 2017
- 2 min read

SILA KLIK PADA PAUTAN BORANG UNTUK DOWNLOAD SECARA ONLINE
SERAHAN/BAYARAN BORANG
Borang penyertaan, serahan dan juga bayaran boleh dibuat melalui serahan borang kepada urusetia pertandingan
ATAU
UNTUK KETERANGAN SILA HUBUNGI :
013-2222855 – En. Razi
012-268 19 52 - En. Helmi
013-353 77 98 – En. Rizal (Kedai Serbanika Blok D)
012-2607386 – En. Azha
ATAU LAYARI LAMAN WEB DAN FACEBOOK PPKSU:
Penyerahan borang dan wang pendaftaran boleh diberikan kepada AJK yang dilantik diatas atau diserahkan kepada En. Rizal (Kedai Serbanika Blok D).
PERTANDINGAN TENPIN BOWLING ANJURAN PPKSU 2017
PENGANJUR
Persatuan Penduduk Kondominium Sentul Utama (PPKSU)
TARIKH PERTANDINGAN
11hb November 2017 (Sabtu)
TEMPAT PERTANDINGAN
PACIFIC BOWL, TINGKAT 4, KOMPLEKS MUTIARA, JALAN IPOH, KUALA LUMPUR
TARIKH TUTUP PENYERTAAN
Borang penyertaan dan pembayaran perlu diserahkan kepada pihak penganjur sebelum atau pada 28hb Oktober 2017 (Sabtu)
SYARAT - SYARAT DAN PERATURAN AM PERTANDINGAN
- Pertandingan akan dijalankan sebanyak 2 GAME. Pemenang di tentukan melalui mata terkumpul tertinggi.
- Pertandingan ini akan dibahagikan kepada SATU KATEGORI sahajai iaitu:
a) Berpasukan Terbuka (campuran Lelaki & Wanita)
b) Pemain wanita diberikan HANDICAP 15 mata bagi setiap game.
- Acara berpasukan pula hendaklah mematuhi syarat seperti berikut:
a) Empat (4) orang pemain.
b) Setiap kumpulan sekurang-kurangnya mempunyai seorang lelaki atau wanita.
- Sebarang bantahan hendaklah dibuat selepas tamat pertandingan dengan wang cagaran sebanyak RM500.00 secara bertulis.
- Wang cagaran akan dipulangkan semula sekiranya bantahan berjaya.
- Panel bantahan akan diwakili oleh jawatankuasa penganjur dan tiga (3 )orang wakil berkecuali yang akan ditentukan sendiri oleh pihak penganjur.
YURAN PENYERTAAN
- Yuran penyertaan adalah berdasarkan kepada kategori iaitu:
a) Ahli PPKSU - RM50.00
b) Bukan Ahli PPKSU - RM60.00
- Setiap Peserta akan diberikan - T-Shirt & Air/Snek
- Yuran yang dikenakan tidak termasuk kemudahan kasut & stokin. Peserta dikehendaki menanggung sendiri kos untuk stokin sekiranya tiada stokin sendiri.
TANGGUNGJAWAB PEMAIN
- Pemain-pemain adalah bertanggungjawab sepenuhnya supaya mematuhi segala syarat-syarat yang dikenakan kepada para peserta bagi melicinkan perjalanan pertandingan ini.
- Jawatankuasa pengelola pertandingan tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kerosakan atau kecederaan atau kerugian para peserta sepanjang pertandingan.
HADIAH
- Hadiah akan diberikan kepada
a) Berpasukan - Johan, Naib Johan dan Ketiga
b) High Score lelaki - Johan, Naib Johan dan Ketiga
c) High Score Wanita - Johan, Naib Johan dan Ketiga
HAL-HAL LAIN
- Sekiranya timbul percanggahan diantara undang-undang pertandingan, maka keputusan akan diputuskan oleh jawatankuasa pertandingan.
- Penganjur juga berhak menambah sebarang peraturan baru yang dirasakan perlu tanpa notis.
- Sebarang keputusan adalah muktamad.
Comments